the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
Bukit Bintang Road bg
Top 5 Things to Do in KL Area
October 15, 2021
botanica bg
Top 5 Kafe Instagrammable Di Kuala Lumpur
October 15, 2021

5 Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Buat!

October 15, 2021
kl landscape

kl landscape

cloud 1
cloud 2

5 Aktiviti Menarik di Kuala Lumpur Yang Wajib Buat!

October 15, 2021

Kuala Lumpur, kota yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti tidak kira siang mahupun malam hari. Kedudukannya sebagai ibukota negara Malaysia seringkali menjadi tumpuan samada masyarakat setempat mahupun pelancong dari luar negara.

1. Saloma Bridge


Saloma Bridge

Tak lengkap pergi KL kalau tak lalu Saloma Bridge ni tau! Ia menghubungkan KLCC ke Kg. Baru yang terkenal dengan port makanan sedap-sedap dengan harga berbaloi.


Saloma Bridge KL

Anda hanya perlu berjalan kaki 15 minit dari KLCC ke lokasi ni, dan ia menjanjikan port bergambar Instaworthy yang menarik!


2. The Rift


The Rift

Jom main Virtual Reality (VR) puas-puas kat dalam taman tema VR terbesar dalam Asia Tenggara. Taman ini menempatkan pelbagai tarikan realiti maya dan augmented yang memenuhi pelbagai pilihan individu untuk pengalaman yang menyeronokkan.

Pengunjung boleh memilih lebih dari 20+ pengalaman menyeronokkan berteknologi tinggi di sini , dari penembak realiti maya perayauan bebas, perjalanan sensasi yang penuh dengan jeritan, dan rasa teknologi AR yang teknologi tinggi. Pengunjung dijamin masa yang menarik dan menghiburkan di The Rift!


3. Superpark Malaysia


Superpark Malaysia

Jom join main dengan anak-anak kat dalam taman aksi dari Finland ini. Tempat menarik untuk parenting bonding dengan anak-anak!

SuperPark adalah taman aktiviti indoor yang unik dan dibina ekslusif untuk keseronokan dengan pelbagai aktiviti menarik untuk semua peringkat umur. Ia terletak di K Avenue KLCC.


4. Aquaria KLCC


Inside Aquaria KLCC


Aquaria KLCC 01

Salah satu tempat menarik yang wajib anda lawati bersama keluarga adalah Aquaria KLCC . Luangkan masa untuk selami dunia hidupan di lautan Aquaria KLCC terletak di concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ianya merupakan salah sebuah akuarium yang terbesar di Asia Tenggara.


Aquaria KLCC 02


5. Tugu Negara dan Taman Botani


Tugu Negara dan Taman Botani

Anda gemarkan sejarah dan alam semulajadi? Luangkan masa mengunjungi monumen tugu negara yang telah dibina pada 8 Februari 1966. Tugu negara ini dibina simbolik penghormatan kepada 11 ribu pejuang yang gugur dalam tiga siri peperangan besar iaitu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya.


Tugu Negara dan Taman Botani 02

Tugu Negara yang simbolik tentang pengorbanan pejuang-pejuang negara satu masa dahulu agar rakyat Malaysia sentiasa menghargai mereka yang terkorban di medan perang.


Taman Botani

Selepas melawat Tugu Negara kemudian menuju ke Taman Botani yang memang cantik dan dijaga rapi, jadi sesuai untuk kita datang bersama keluarga dan bersiar-siar dan juga banyak tempat menarik untuk bergambar.


lake gardens kl

Jika ada masih banyak lagi masa terluang teruskan menerokai tempat menarik lain yang berhampiran dengan Taman Botani antaranya seperti Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam, Masjid Jamek, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama serta Restoran Rebung yang pemiliknya merupakan chef selebriti yang cukup terkenal iaitu Chef Ismail.

Setiap kali holiday, huda memang suka cari lokasi penginapan yang sangat dekat dan mudah di akses ke tempat menarik kerananya ia lebih menjimatkan masa dan lebih praktikal. Selain tu bab penjimatan antara aspek penting dalam pemilihan tempat penginapan. Baru-baru ini huda sangat tertarik dengan pakej dari VIP Pass. Lebih penjimatan di mana anda boleh menginap di hotel pilihan di pelbagai lokasi dengan harga sangat-sangat berbaloi!

Keterangan lanjut : https://getvippass.com/malaysia/


Share

Related posts

hidden gems

hidden gems

February 9, 2022

12 Brilliant Hidden Gems in Manchester That Even Mancunians Might Not Have Discovered


Read more
romantic hotel bg

romantic hotel bg

February 3, 2022

The Best Romantic Hotels Near Manchester


Read more
couple bg

couple bg

February 2, 2022

Top 10 Manchester Attractions for Couples


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0