the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
Tourism 371emzvml7493dphpq91xc
Disrupting the Travel Industry
May 5, 2022
Picture1 1
The VIP Pass featured in The Star
June 8, 2022

Pilihan Baharu dalam industri pelancongan

May 5, 2022
Tourism 371emzvml7493dphpq91xc

Tourism 371emzvml7493dphpq91xc

cloud 1
cloud 2

Pilihan Baharu dalam industri pelancongan

April 29, 2022

Industri pelancongan diganggu lagi, pada mulanya Booking.com/Agoda, kemudian AIRbnb, dan kini Travel VIP Pass pula. Ini menyebabkan hotel-hotel terpaksa menyesuaikan diri memandangkan gangguan ini menghasilkan elemen baharu dalam tempahan penginapan. Muncul pilihan baharu dalam industri pelancongan, jika dahulu ada Booking.com/Agoda, kemudian AIRbnb, yang terkini ada Travel VIP Pass pula. Hotel-hotel kini terpaksa menyesuaikan diri memandangkan wujud elemen baharu untuk tempahan penginapan. Sudah menjadi kebiasaan untuk kita membuat tempahan untuk penginapan hotel menggunakan platform seperti Booking.com ataupun Agoda memandangkan prosesnya mudah dan lancar. Kita dapat membuat perbandingan harga bilik hotel dan mendapatkan harga yang terbaik dalam satu portal dalam talian. Kemudian, pasaran menjadi lebih kompetitif dengan kewujudan portal seperti Google dan Trivago yang mana perbandingan dilakukan ke satu tahap lebih tinggi. Perbandingan kadar hotel yang sama disenaraikan di Agoda, Booking.com dan halaman web hotel dapat dilakukan dengan lebih mudah. Namun, kini muncul pilihan baharu iaitu The VIP Pass untuk pengembara pintar, pengembara yang merancang dan fleksibel untuk tawaran terbaik. The VIP Pass ini khas untuk ahli Eksklusif portal sahaja. Dengan menggunakan The VIP Pass, ahli eksklusif dapat menginap di hotel secara percuma dan mereka boleh menebusnya dalam tempoh 24 bulan. Mereka tidak perlu membayar bilik hotel tetapi hanya perlu membayar pas ahli yang memberi baucar penginapan bilik secara percuma untuk enam malam. The VIP Pass adalah terhad mengikut lokasi setiap pas. The VIP Pass boleh didapati di United Kingdom, Sepanyol, Portugal, Malaysia, Singapura, Thailand dan banyak lagi. Ahli boleh menempah dan menebus penginapan malam percuma di lebih 100 hotel terpilih di lokasi-lokasi berkenaan. The VIP Pass merupakan tawaran hotel melalui kerjasama dengan portal korporat eksklusif luar talian. Bilik-bilik yang diberikan adalah bilik yang tidak terjual di hotel, juga hotel yang hanya penuh 36% sahaja dalam setahun. Kadar penginapan adalah antara 50% hingga 80% untuk baki tahun. Hotel-hotel ini tidak boleh menurunkan harga secara drastik kerana ia akan menjejaskan reputasi mereka dan ia boleh menyebabkan pelanggan yang membayar harga penuh kecewa. Oleh itu, bilik-bilik ini diambil oleh The VIP Pass. Ini membolehkan hotel menawarkan bilik pada kadar rendah di samping dapat menampung kos operasi. The VIP Pass dapat menghantar ahli eksklusif ke hotel dengan gembira dan sudah pastinya mereka juga akan berbelanja di restoran dan kedai lain. “The VIP Pass telah menjadi rakan kongsi terbaik, walaupun pada mulanya ia perlahan tetapi kini jumlah tempahan diterima di beberapa hotel kami lebih tinggi daripada yang biasa kami perolehi daripada Traveloka atau Expedia.” Nabisa – Pengurus Besar di Alia Hotels.

Bilik Deluxe King, Alia Damansara

Bilik Studio @Alia Premier Medini

Gangguan terbaru ini mendorong institusi tradisional untuk menyesuaikan diri dengan teknologi baharu dan memahami corak tempahan pengguna. The VIP Pass membolehkan pengembara yang merancang hari lahir, ulang tahun atau perjalanan keluarga mereka untuk mencari bilik yang tidak terjual di lokasi yang menakjubkan dan lebih menjimatkan perbelanjaan untuk penginapan. Kadar The VIP Pass untuk Malaysia hanya RM600. Untuk tawaran ini, ahli dapat menginap di hotel, pangsapuri perkhidmatan dan resort yang menakjubkan di seluruh negara. Ini terbukti memberikan situasi ‘menang-menang’ kepada pengembara dan pihak hotel.

Share

Related posts

November 22, 2022

‘Travel Hack’, jangan tunggu lama, ketahui tip melancong percuma 7 hari


Read more
vippass a03

vippass a03

July 29, 2022

MOTAC laksana perancangan strategik memudahkan kemasukan pelancong asing


Read more
vippass a02

vippass a02

July 29, 2022

Grand Launch of VIP Pass “Visit Malaysia Pass”


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0