Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog www.hanshanis.com sekalian. Apabila menyebut tentang aktiviti-aktiviti menarik yang boleh dilakukan di Kuala Lumpur, kebanyakkan daripada kita seolah-olah tidak tahu apa yang boleh dilakukan.
Kebanyakannya hanya merasakan Kuala Lumpur sekadar sebuah tempah yang penuh dengan pasaraya semata-mata sedangkan sebenarnya terdapat pelbagai perkara menarik yang boleh kita lakukan di Kuala Lumpur. Untuk kali ini, Hans ingin berkongsi dengan anda semua 5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Kuala Lumpur.
Kredit Gambar: Disini
Sebut sahaja nama Petaling Street mesti perkara pertama yang terlintas di fikiran masing-masing adalah tentang tempat jualan barang-barang seperti di pasar malam. Hakikatnya kawasan Petaling Street ini mempunyai banyak tempat yang menarik untuk anda lawati dan lakukan. Salah satu lokasi di sini yang menarik perhatian Hans ialah Kwai Chai Hong yang sebenarnya telah dibuka sejak tahun 2019. Menariknya disini ialah anda boleh mempelajari sejarah tentang kaum Cina yang menetap disini sambil bergambar di hadapan 10 bangunan lama yang telah diberi nafas baru serta 6 mural bertemakan zaman Cina yang cukup cantik dan menarik.
Mesti ramai tertanya-tanya kan bagaimana mempelajari sejarah disini dengan bergambar? Sebenarnya disetiap mural tersebut terdapat kod QR yang anda boleh imbas menggunakan telefon dan segala maklumat berkenaan mural tersebut akan terpapar di skrin telefon anda. Disini juga terdapat salah satu tiang lampu yang paling tua berada di Kuala Lumpur ini yang dibina sejak tahun 1900 lagi. Selain itu, di kawasan ini juga menawarkan pelbagai jenis kafe yang berkonsepkan Retro yang anda boleh kunjungi sama ada untuk makan dan minum atau pun bergambar.
Kredit Gambar: Disini
Siapa sangka sungai di dalam bandaraya Kuala Lumpur yang sebelum ini tidak terlintas untuk dilawati kini menjadi perhatian masyarakat dan pelancong luar apabila berwajah baru melalui The River of Life. Hans sendiri sudah beberapa kali berkunjung ke kawasan The River of Life ini sama ada pada waktu siang atau pun malam.
Menariknya tidak kira siang mahu pun malam, kawasan ini sememangnya sangat menarik untuk dikunjungi disebabkan kawasan sekitarnya yang sudah diubahsuai, dinaiktaraf dan dipulihkan untuk menjadikannya sebagai salah satu lokasi tarikan ikonik Kuala Lumpur. Jika pada waktu siang, anda boleh melawat dan bergambar di kawasan ini yang menawarkan landskap serta mural yang cukup cantik. Manakala pada waktu malam pula, anda turut boleh bergambar berlatar belakang wajah sungai yang penuh dengan kerlipan cahaya lampu yang memukau serta menghayati suasana malam yang sungguh mengasyikkan.
Tidak mengira sama ada anda bujang atau sudah berkeluarga, Hans melihat Kuala Lumpur Bird Park merupakan satu lokasi menarik di Kuala Lumpurnyang boleh anda kunjungi untuk merasai suasana dan pengalaman baru yang unik. Hans menyatakan demikian kerana burung-burung di dalam kawasan ini bebas berterbangan dan kita boleh memerhati aktiviti dan gelagat spesis burung seperti merak, kenyalang dan bangau di kawasan terbuka dengan jarak dekat.
Taman Burung yang telah dibuka sejak tahun 1991 di atas tanah seluas 21 ekar ini sentiasa menampilkan perubahan yang menarik pada setiap tahun. Dikhabarkan lokasi ini telah menempatkan lebih 3000 ekor burung daripada 200 spesies yang berterbangan bebas di empat zon dimana 60 peratus burung yang terdapat di taman ini berasal dari negara lain manakala bakinya adalah daripada spesies tempatan. Mengikut rujukan Hans, disini terdapat pelbagai burung yang sememangnya sukar untuk kita temui iaitu burung enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakak tua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia, Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda.
Salah satu perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur ialah dengan melawat Saloma Bridge sambil menikmati keindahan limpahan cahaya di sana. Untuk makluman semua, Saloma Bridge ini bukan sekadar sebuah mercu tanda baru Kuala Lumpur tetapi turut menjadi tarikan pengunjung untuk berswafoto dengan konsep futuristik di bandaraya Kuala Lumpur. Jambatan cantik sepanjang 370 meter dibina berhampiran Stesen LRT Kampung Baru merentasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH).
Konsep seni binanya diinspirasikan daripada 'Sirih Junjung' yang sangat sinonim dengan adat resam budaya Melayu. Lebih menarik Saloma Bridge ini boleh menghubungkan serta memendekkan jarak perjalanan antara Kampung Baru dan KLCC daripada 30 minit menjadi 7 minit sahaja. Jadi, anda boleh berjalan kaki dari KLCC ke Kampung Baru, atau sebaliknya, dalam tempoh cuma 15 minit. Bila dah puas bergambar dan merakam video di Saloma Bridge, anda boleh menuju ke Kampung Baru untuk mencari makanan-makanan yang sangat sedap dan menarik. Kalau Hans memang terus terjah Nasi Lemak Wanjo sebab memang sini adalah tempat makan kegemaran Hans. Hehehe!
Aktiviti staycation di hotel-hotel menarik sekitar KL juga pastinya merupakan salah satu perkara menarik yang anda boleh lakukan bersama keluarga atau dengan mereka yang tersayang. Jangan risau kerana anda boleh mendapatkan senarai hotel yang menarik dengan harga yang terbaik bersesuaian dengan kehendak anda melalui VIP Pass.
Bagi Hans, aktiviti staycation ini bagus untuk dilakukan dimana ia memberikan kita serta ahli keluarga satu pemandangan baru yang unik, selesa dan membuatkan kita semakin positif setelah terlalu lama berkurung di rumah. Hans sendiri pernah melakukan aktiviti staycation ini dan sememangnya ia menghilangkan tekanan dan memberikan Hans satu perasaan gembira yang cukup berbaloi.
Jadi, inilah 5 perkara menarik yang anda boleh lakukan di Kuala Lumpur dimana Hans yakin setiap perkara yang Hans kongsikan ini sangat berbaloi buat anda semua untuk dicuba. Selamat Datang Ke Kuala Lumpur!