the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
klcc to do bg
5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di KLCC
October 18, 2021
jb bg
5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan di Johor
October 18, 2021

5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Kuala Lumpur

October 18, 2021
Pasar Seni bg

Pasar Seni bg

cloud 1
cloud 2

5 Aktiviti Menarik Yang Boleh Dilakukan Di Kuala Lumpur

October 18, 2021

Kuala Lumpur, kota yang tidak pernah sunyi dengan pelbagai aktiviti tidak kira siang mahupun malam hari. Kedudukannya sebagai ibukota negara Malaysia seringkali menjadi tumpuan samada masyarakat setempat mahupun pelancong dari luar negara.

Antara 5 aktiviti menarik yang anda boleh lakukan apabila berada di Kuala Lumpur seperti:-

1. Melawat Tempat Menarik dan Bersejarah - Tugu Negara dan Taman Botani

Monumen tugu negara ini telah dibina pada 8 Februari 1966. Ianya adalah sebagai penghormatan kepada 11 ribu pejuang yang gugur dalam tiga siri peperangan besar iaitu Perang Dunia Pertama, Perang Dunia Kedua dan Darurat Malaya. Tugu Negara cukup simbolik kerana mengingatkan masyarakat Malaysia tentang pengorbanan pejuang-pejuang negara satu masa dahulu.


Tugu Negara

Berdekatan dengan Tugu Negara, terdapatnya Taman Botani yang sememangnya wujud sejak tahun 1888 lagi. Taman ini memang cantik dan dijaga rapi, jadi sesuai untuk kita datang bersama keluarga dan bersiar-siar disini.


Taman Botani KL

Selain itu, tempat menarik lain yang berhampiran dengan Taman Botani antaranya seperti Muzium Polis, Muzium Kesenian Islam, Masjid Jamek, Planetarium Negara, Taman Rama-Rama serta Restoran Rebung yang pemiliknya merupakan chef selebriti yang cukup terkenal iaitu Chef Ismail.


2. Pasar Seni Untuk Mereka Yang Suka Dengan Hasil Kraftangan

Pasar Seni (turut dikenali sebagai Central Market) juga telah wujud sejak pada tahun 1888 lagi. Lokasi ini sering menjadi menjadi tumpuan pelancong kerana di sinilah lubuk barangan kraftangan dan seni anak tempatan. Antara produk yang sering mencuri tumpuan seperti batik dan ukiran kraf asli.


Pasar Seni

Selain boleh membeli-belah, kita juga boleh berjalan-jalan sambil mencuci mata dengan melihat produk unik yang ada ditawarkan di sini. Pasar seni juga merupakan mercu tanda warisan yang melambangkan budaya berbilang kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina dan India.


3. Makan Malam di Restoran Berputar Atmosphere 360 Menara KL

Jika anda ingin melalui pengalaman menjamu selera dengan adanya pemandangan ruang angkasa raya yang menakjubkan bolehlah berkunjung ke Restoran berputar Atmosphere 360. Apa yang menarik restoran ini terletak 282 meter dari permukaan tanah di Menara KL yang mana kita boleh melihat keindahan kota Kuala Lumpur dari menara tertinggi di Malaysia.


Atmosphere 360 Menara KL

Restoran berputar Atmosphere 360 ada menawarkan menu ala carte dan bufet bagi makan tengah hari dan makan malam yang membolehkan anda menikmasti sebanyak mana hidangan hebat yang ditawarkan. Berada di dalam restoran ini memerlukan anda mengikuti segala kod pakaian yang ditetapkan iaitu berkain atau berseluar panjang.


4. Kunjungi Aquaria KLCC dan Selami Dunia Hidupan di Lautan

Aquaria KLCC terletak di concourse Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Ianya juga dikenali sebagai salah sebuah akuarium yang terbesar di Asia Tenggara. Sering menjadi tumpuan ibubapa untuk membawa anak-anak mereka melihat sendiri hidupan lautan yang unik dan cantik.


Aquaria

Menampung lebih dari 150 spesis hidupan laut seperti jerung, ikan pari gergasi, kuda laut, batu karang, ikan belut dan pelbagai lagi. Keunikkannya kita boleh melihat sendiri variasi pemandangan yang berbeza bermula dari dataran tinggi dan hutan banjir Malaysia, seterusnya ke lembah Amazon, terumbu karang dan lautan terbuka.


5. Menyusuri Kehidupan yang Indah di Petaling Street

Jadikan kehidupan anda lebih meriah dengan mengunjungi kawasan Petaling Street yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Di Petaling Street bukan sahaja diwarnai dengan lampu-lampu di sepanjang jalan. Bahkan lukisan mural di situ juga mencuri perhatian. Di Petaling Street dipenuhi dengan gerai-gerai yang menawarkan barangan tiruan murah dan unik.


Petaling Street KL

Antara tarikan Petaling Street adalah kepelbagaian gerai yang menawarkan makanan 'street food' yang enak dan kafe hipster yang sentiasa mencuri perhatian pelancong yang ke sini. Memang puas hati apabila dapat berjalan di Petaling Street sambil membeli makanan, mendapatkan cenderamata dan pada masa yang sama banyak port yang menarik untuk berOOTD.


The VIP Pass

Adalah lebih praktikal dan selesa jika anda boleh menginap di hotel berdekatan dengan Petaling Street. Untuk pengetahuan semua terdapat lebih daripada 10 hotel di sini yang sentiasa menjadi pilihan pelancong luar negara mahupun masyarakat tempatan. Oh ya! Jika anda mahu lebih penjimatan untuk penginapan hotel, bolehlah guna tawaran pakej dari VIP Pass. Lebih jimat, lebih berbaloi dan anda boleh menginap di hotel pilihan seperti yang diimpikan.


Share

Related posts

hidden gems

hidden gems

February 9, 2022

12 Brilliant Hidden Gems in Manchester That Even Mancunians Might Not Have Discovered


Read more
romantic hotel bg

romantic hotel bg

February 3, 2022

The Best Romantic Hotels Near Manchester


Read more
couple bg

couple bg

February 2, 2022

Top 10 Manchester Attractions for Couples


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0