Johor Bahru Darul Takzim merupakan bandaraya kedua terbesar sebagai pusat perniagaan dan perdagangan di Malaysia. Manakala industri pelancongan ialah penyumbang utama dalam ekonomi Johor Bahru. Berdekatan dengan negara Singapura tidak hairanlah Johor sering menjadi tumpuan rakyat Singapura untuk datang bercuti.
Saya sendiri teruja setiap kali ke Johor. Membesar di Johor lebih 10 tahun sebelum berpindah ke Kuala Lumpur mengikut keluarga sememangnya Johor merupakan kampung saya yang kedua. Sebenarnya terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh dilakukan ketika berada di Johor. Antaranya seperti:-
Johor antara negeri yang memang terkenal dengan pantai yang cantik. Jika berpeluang ke Johor jangan lupa untuk singgah di salah salah stau pantainya seperti Desaru, Pantai Air Papan Mersing, Pantai Sibu Mersing, Pulau Rawa Mersing, Pulau Besar Mersing, Pulau Kukup Pontian dan pelbagai lagi.
Ke semua pantai di Johor memang sangat cantik, bersih dengan pamandangan lautan yang membiru. Tidak hairanlah lokasi ini sering menjadi tumpuan pelancong samada tempatan mahupun luar negara. Kebiasaan berdekatan dengan lokasi pantai akan ada restoran yang menawarkan hidangan hidupan laut, motel serta hotel dan pusat aktiviti sukan air.
Setiap negeri di Malaysia pasti mempunyai hidangan autentik yang cukup popular di negara tersebut. Begitu juga di Johor yang juga mempunyai hidangan lokalnya yang unik dan sering menjadi tunpuan terutama pengunjung dari luar.
Antaranya seperti laksa johor. Dikatakan inpirasi laksa johor ini adalah istana yang menggunakan mi spaghetti, kuah ikan parang dan dinikmati bersama sambal belacan serta hirisan timun.
Jika ke bandar Maharani iaitu Muar jangan lupa untuk mencuba mee bandung. Saya sendiri pertama kali mencuba mi ini terus jatuh cinta. Bayangkan dengan rasa kemanisan udang bersama dengan telur separuh masak paans-panas didalam kuah. Memang pekat dan padu!
Begitu juga dengan mee rebus johor , diama kuahnya adalah daripada isi ubi keledek yang masak bersama udang kering dan pelabagi lagi. Agak pekat. Tapi dinikmati panas-panas bersama telur rebus dan mi kuning memang sedap sangat.
Siapa yang tidak sukakan hidangan kacang pool. Set hidangan lengkap dengan roti bakar yang dihidang bersama kuah yang dihasilkan daripada kacang dan pelbagai lagi. Saya suka tambah hirisan cili dan juga sedikit percikan asam limau.
Tidak sah kalau datang ke Johor bersama keluarga untuk bercuti dan bermain di taman teman. Ini kerana di Johor terdapat banyak taman tema yang menarik boleh diterjah bersama keluarga. Antaranya seperti Legoland, Austin Heights Water & Adventure Park, Puteri Harbour Indoor Park, Desaru Coast Adventure Waterpark, Angry Birds Activity Park dan pelbagai lagi.
Pelbagai aktiviti menarik disediakan sesuai untuk seisi keluarga terutama kanak-kanak. Terdapat juga taman tema yang meyediakan kolam madi untuk anak-anak bermain air.
Siapa yang tidak suka membeli-belah. Apatah dengan adanya pelbagai barangan jenama seperti beg tangan, pakaian, kasut yang boleh didapatkan pada harga bebas cukai. Selain Kuala Lumpur, negeri Johor juga terkenal sebagai syurga membeli-belah.
Kredit gambar : https://www.flyklia.com/
Antara tempat membeli-belah di Johor yang sentiasa menjadi tarikan adalah JPO. Dibuka pada tahun 2011, tempat ini antara pusat membeli belah yang terkenal dengan menjual barangan yang berjenama mewah dan eklusif pada harga yang berpatutan.
Kredit gambar : https://epochtimes.today/
Begitu juga di Johor Bahru City Square Johor ini mengandungi lebih 300 peruncit yang terdiri daripada barangan fesyen, gerai makanan, dan pusat hiburan. Pusat membeli-belah sering menjadi tumpuan bukan sahaja masyarakat tempatan bahkan penduduk dari negara jiran juga iaitu Singapura.
Kredit gambar : https://www.facebook.com/BazarJBdihatiku
Di Johor juga terkenal dengan Bazar Karat dimana pelanggan boleh membuat tawar menawar ketika berurus niaga dengan penjual di sini. Sambil membeli-belah boleh juga melayan persembahan muzik jalanan yang berbakat. Banyak juga hidangan street food ada ditawarkan, selain barangan bundle, item unik (rare).
Bercuti di Johor pasti meninggalkan kenangan manis jika dapat menginap di hotel, homestay mahupun resort . Apa yang penting adalah kita memilih penginapan yang menepati bajet dan cita rasa tersendiri. Terdapat pelbagai jenis hotel yang ditawarkan dari 5 bintang sehinggalah 1 bintang.
Samada berhampiran dengan kawasan pantai, mahupun berdekatan di pusat membeli-belah dan bandar Johor. Begitu banyak pilihan dengan tawaran fasiliti yang cukup hebat. Antaranya seperti 1 Tebrau Suites, Alia Premier Medini, Almas Suites, Suasana Private Suites, Teega Suites dan pelbagai lagi.
Tidak dinafikan tempat menarik di Johor saban tahun semakin bertambah ibarat cendawan tumbuh selepas hujan. Apa yang penting biarpun arus pembangunan semakin pesat namun Johor tetap mengekalkan nilai tradisional dalam menarik perhatian para pelancong baik tempatan mahupun dari luar negara. Jangan lupa untuk berkunjung ke Johor negeri yang terletak di selatan tanah air Malaysia, pastinya korang akan mengalami suatu percutian yang tidak dapat dilupakan.
Untuk mendapatkan tawaran penginapan hebat boleh layari: https://getvippass.com/malaysia/