the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
botanica bg
Top 5 Kafe Instagrammable Di Kuala Lumpur
October 15, 2021
melaka bg
5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka
October 15, 2021

Senarai 5 Kafe Instaworthy yang Top Di Kuala Lumpur

October 15, 2021
Little Rimba bg

Little Rimba bg

cloud 1
cloud 2

Senarai 5 Kafe Instaworthy yang Top Di Kuala Lumpur

October 15, 2021

Hye, korang tengah mencari port lepak minum kopi dengan family dan kawan-kawan ? Yer la kan, sekarang dah boleh dine di restoren, memang syok dapat minum kope dan sembang dengan kawan yang dah lama tak jumpa ... Ni hah huda senaraikan 5 kafe di sekitar KL yang instaworthy atau instagrammable yang sangat berbaloi untuk korang terjah dan spend quality times and making sweet memories.

Kuala Lumpur memang banyak tempat menarik dan trend zaman sekarang lepas masuk restoren mesti nak bergambar. Maka instaworthy cafe berikut adalah pilihan terbaik korang. Dan paling penting cafe menyediakan makanan halal dan pork free... Baru lah nak makan dan minum kopi tanpa was-was.

1. Little Rimba


Little Rimba

Menawarkan harga tempatan dalam suasana yang cerah dan moden, Little Rimba sangat sesuai jika anda menginginkan "comfort food". Lukisan mural di luar dan dalam restoren dengan nada minimalis menjadikan setiap sudut sesuai dengan bergambar.


Little Rimba Foods


Little Rimba Outdoor


2. PODGY Kurau


PODGY Kurau


Outside PODGY Kurau

Kombinasi jubin hitam dan putih dan juga hiasan tumbuhan hijau yang subur dengan gaya minimalist pastinya menjanjikan gambar yang InstaWorthy. Salah satu kafe yang semakin meningkat di KL, Podgy Kurau adalah projek baru pasukan Podgy. Bersantai dan berbual sambil kopi dengan rakan-rakan pastinya sangat selesa di sini.


PODGY Kurau Foods

Lokasi : 5, Lorong Kurau, Lucky Garden, 59100 Kuala Lumpur, Malaysia.


3. Wondermilk


Wondermilk


Wondermilk Foods

Bermula sebagai pereka grafik, Wondermilk ditubuhkan pada tahun 2000 semata-mata untuk perniagaan cupcakes. Hari ini, mereka mempunyai empat cawangan di seluruh KL dan memiliki jenama lain termasuk Rimba & Rusa.

Salah satu kafe paling menjanjikan di KL yang menumpukan pada kek cawan dan makanan ringan, cafe ini adalah lokasi terbaik untuk majlis dan juga personal meeting. Nyaman, estetik dan tenang sungguh dekorasi cafe ini. Sekiranya anda mempunyai acara mencari katering makanan ringan, Wondermilk adalah pilihan tepat anda!

Lokasi : 37 Jalan SS 21/1A, Damansara Utama 47400 Petaling Jaya, Selangor

Tel No: 03 7732 5136


4. La Fluer x Uniqorn


La Fluer x Uniqorn

La Fluer pastinya menjadi tempat yang tepat jika anda peminat di warna merah jambu dan juga unicorn. Seperti Stylenanda Pink Cafe di Korea di mana semuanya dihiasi dengan warna merah jambu, begitu juga dengan La Fluer.

Selami "kolam" bola merah jambu dan ambil ribuan foto. Jangan risau, kakitangan di sini lebih sedia membantu anda. Nikmati kek pelangi dengan reka hias unicorn dan secawan kopi panas pastinya anda asyik berada di La La Land.


La Fluer x Uniqorn 01

Lokasi : 01, E1, 02, Jalan Lagoon Selatan, Sunway Geo Avenue, 47500 Subang Jaya, Selangor.


5. Le Petit Dotty’s


Le Petit Dottys


Le Petit Dottys Foods

Kafe di KL yang tidak asing lagi iaitu Le Petit Dotty'. Menyajikan roti dan makanan yang diilhamkan oleh Perancis, bahkan suasana menyerupai kafe Perancis. Kombinasi nada biru dan emas saling melengkapi, ini memberikan kesan tenang dan soothing pada pengunjung. Pastri di sini memang wajib di cuba dan di nikmati bersama kopi panas memang terbaik!


Inside Le Petit Dottys

Lokasi : (Platinum Park Branch) Lot 1.03, Ground Floor, Menara TH, Platinum Park, Persiaran KLCC, 50450 Kuala Lumpur.

Jadi, inilah senarai 5 Kafe Instaworthy yang Top Di Kuala Lumpur yang wajib anda kunjungi apabila mengambil keputusan untuk holiday di Kuala Lumpur. Jangan risau kerana semua kafe-kafe ini sangat berdekatan dengan lokasi hotel-hotel yang menarik.

Pilihan terbaik pengingapan di tengah bandaraya Kuala Lumpur dengan harga yang sangat menjimatkan apabila anda menggunakan VIP Pass. Maka nak cafe hopping ke semua Cafe yang tersenarai di atas pastinya mudah dan sangat berbaloi terutama buat anda yang suka bergambar macam huda!


Share

Related posts

hidden gems

hidden gems

February 9, 2022

12 Brilliant Hidden Gems in Manchester That Even Mancunians Might Not Have Discovered


Read more
romantic hotel bg

romantic hotel bg

February 3, 2022

The Best Romantic Hotels Near Manchester


Read more
couple bg

couple bg

February 2, 2022

Top 10 Manchester Attractions for Couples


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0