the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
Little Rimba bg
Senarai 5 Kafe Instaworthy yang Top Di Kuala Lumpur
October 15, 2021
aquaria bg
5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC
October 15, 2021

5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka

October 15, 2021
melaka bg

melaka bg

cloud 1
cloud 2

5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka

October 15, 2021

Melaka dikenali sebagai bandar bersejarah. Bandar kecil yang masih cantik dan kita boleh melihat peninggalan sejarah seperti senjata peperangan meriam, kubu pertahanan, bangunan lama dan pelbagai lagi. Bercuti di Melaka memang tidak akan puas jika hanya datang satu hari sahaja. Ini kerana di Melaka terdapat banyak lokasi yang menarik dan boleh diterjah bersama keluarga.

Yup! Sebenarnya terdapat banyak tempat di Melaka yang boleh kita lawati, cuma untk entri kali ini saya tampilkan 5 lokasi yang wajib singgah bila berada di sini. Antaranya seperti:-

1. Menara Taming Sari

Antara menjadi kebanggaan warga Melaka adalah kewujudan Menara Taming Sari. Untuk pengetahuan semua, menara yang dihasilkan daripada teknologi Swiss membolehkan anda untuk melihat keindahan kota Melaka dari atas (tempat tinggi).


Menara Taming Sari 01

Jika ke sini kita tidak perlu menunggu lama. Ini adalah kerana Menara Taming Sari ini boleh membawa 66 orang pelawat dalam satu masa. Dan masa yang diperuntukkan ketika berada diatas juga sangat singkat iaitu selama 7 minit sahaja.


2. Encore Melaka

Dewan yang besar dengan keunikan pada rekabentuk bangunan yang sangat cantik dan estetik. Di sini telah diadakan persembahan budaya bertaraf dunia. Kebiasaannya persembahan didatangkan dengan lebih 200 penari yang terlibat berusia dari 9 tahun sehinggalah usia lebih 60 tahun.


Encore Melaka

Rekaan bangunan cantik ini merupakan hasil tangan arkitek dari negara China. Ramai juga yang datang ke sini tidak akan melepaskan peluang untuk berOOTD.


3. Melaka River Cruise

Jika di negara Rome cukup popular dengan river cruise, begitu juga dengan Melaka. Bot sederhana besar yang akan membawa penumpangnya menyusuri sungai di tengah bandar Melaka selama 45 minit lamanya.


Melaka River Cruise

Lebih mengujakan ketika bot menyusur sungai, anda boleh melihat sendiri bangunan bersejarah tinggalan Belanda, kincir air, kubu di pesisir sungai dan 7 buah jambatan kecil sekitar bandar Melaka. Kita juga berpeluang melihat sendiri mural belakang Jonker Walk dan Kampung Morten, kampung yang yang cukup dikenali sebagai ‘muzium hidup’.


4. Stadthuys Melaka

Bangunan The Stadthuys bermwana merah menyala merupakan bangunan town hall Belanda. Dikatakan selepas Belanda kalahkan Portugis pada 1641 (lebih 370 tahun dulu), askar-askar Belanda telah membina bangunan ini bagi membolehkan mereka mentadbir. Stadthuys juga dikenali sebagai Red Square dan juga Dutch Square.


Stadthuys Melaka

Jika dulu tempat ini merupakan kawasan pentadbiran tetapi kini ianya merupakan tempat berkumpul abang-abang beca. Pada hari ini bangunan pentadbiran Stadthuys ini sudahpun ditukar menjadi Muzium Sejarah dan Ethnography. Didalamnya juga ada 4 muzium mini lain. Kita juga boleh mendapatkan barangan cenderamata seperti keychain, topi, t-shirt dan pelbagai lagi.


5. Jonker Walk


Jonker Walk

Jika ingin melihat kecantikan dan kemeriahan bandar Melaka waktu malam, anda wajib ke Jonker Walk. Ianya terletak di Jalan Tukang Emas dan Jalan Harmoni. Apa yang istimewanya di sini kita akan dapat lihat kuil Hindu, tokong Cina dengan masjid di satu satu jalan yang sama. Begitu juga dengan senibina masjid di sini yang mempertengahkan 3 budaya bangsa iaitu cina, melayu dan india. Bayangkan mimbar masjid seperti bentuk tokong pagoda. Agak unik rekabentuknya.


Jonker Walk 02

Sepanjang Jonker Walk kita akan dapat lihat kepelbagaian jenis gerai yang menawarkan 'street food' dan juga jualan barangan cenderamata. Begitu juga dengan kafe hispter dan kedai kopitiam dengan rekaan dalaman yang cantik serta unik.


hotel bajet melaka

Di sini juga kita akan menemui beberapa hotel bajet yang memang cantik dan selesa. Sudah namanya hotel bajet pastinya menawarkan harga bilik untuk satu malam dengan harga yang sangat berpatutan. Nak jimat lagi boleh rebut tawaran penginapan dari VIP Pass - https://getvippass.com/malaysia/ lebih jimat dan berbaloi.

Jom ke Melaka,

Kita hayati budaya,

Dan keindahan peninggalan lama :-)


Share

Related posts

hidden gems

hidden gems

February 9, 2022

12 Brilliant Hidden Gems in Manchester That Even Mancunians Might Not Have Discovered


Read more
romantic hotel bg

romantic hotel bg

February 3, 2022

The Best Romantic Hotels Near Manchester


Read more
couple bg

couple bg

February 2, 2022

Top 10 Manchester Attractions for Couples


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0