the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1the vip pass logo 1
  • Location地点
    • Malaysia
    • United Kingdom
    • Thailand
    • Singapore新加坡
  • Get VIP Pass
  • About Us
  • Login Portal
  • Blog
  • Reviews
  • Contact Us
Get VIP Pass
0
melaka bg
5 Lokasi Menarik Yang Boleh Diterjah di Bandar Melaka
October 15, 2021
trip malacca bg
5 Perkara Menarik Yang Boleh Anda Lakukan Di Melaka
October 18, 2021

5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC

October 15, 2021
aquaria bg

aquaria bg

cloud 1
cloud 2

5 Aktiviti Yang Menarik Boleh Dilakukan di Sekitar KLCC

October 15, 2021

Menara KLCC antara mercu tanda yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Dengan ketinggian 452 meter, mempunyai 88 tingkat bangunan ini sememangnya tersergam indah samada dilihat secara dekat mahupun berkilometer jarak jauhnya. Lokasi KLCC yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur (KL) sering menjadi tumpuan bukan sahaja pelancong dari luar negara bahkan masyarakat tempatan juga.

Kedudukannya yang agak strategik berada di tengah kota, menjadikan ianya salah satu destinasi tumpuan. Tambahan pula KLCC dikelilingi dengan pusat membeli-belah, kawasan rekreaksi, tempat makanan menarik dan pelbagai lagi. Antara 5 aktiviti yang menarik boleh dilakukan di sekitar KLCC adalah seperti berikut:-

1. Membawa Keluarga ke Aquaria

Sentiasa menjadi destinasi pilihan keluarga, untuk melihat dan mendalami hidupan didalam air. Umpama akuarium yang sangat besar dengan pelbagai hidupan pastinya tidak akan mengundang rasa kebosananan. Untuk info, Aquaria merupakan satu-satunya Aquarium di Malaysia dibenarkan untuk mempamerkan lebih kurang 200 ekor ikan Red-bellied Piranha.


Insides Aquaria KLCC

Selain itu, Aquaria KLCC mempunyai lorong underwater yang paling panjang di Malaysia iaitu 90 meter. Di Aquaria juga mempunyai Single Tank terbesar di Malaysia dengan isian air masin sebanyak 2.5 juta liter. Bayangkan dengan adanya tangki tiub yang di reka berdasarkan Tasik Kenyir Terengganu yang mempunyai setinggi 15 kaki.


Insides Aquaria KLCC 02

Membawa anak-anak ke sini satu peluang terbaik. Mereka bukan sahaja dapat belajar, mengenali lebih dekat spesis hidupan lautan bahkan memberi pengalaman yang cukup berharga buat mereka. Paling penting dapat menghabiskan masa bersama ahli keluarga yang tersayang.


2. Beriadah Bersama Keluarga di Taman KLCC

Taman yang sangat cantik dan terjaga. Siapa sangka kawasan taman buatan manusia yang berkeluasan 20 hektar ini turut menarik pelbagai spesis burung yang masih mampu berkicau meskipun berada di tengah-tengah kepesatan pembangunan pencakar langit iaitu KLCC. Taman ini terletak betul-betul berhadapan pusat membeli-belah Suria KLCC.


Suria KLCC 1

Untuk pengetahuan semua, Taman KLCC dibuka serentak bersempena dengan pembukaan Menara Berkembar PETRONAS KLCC pada tahun 1999. Cetusan idea adalah jurubina dari Brazil iaitu Roberto Burle Marx. Terdapat tasik buatan yang dikenali sebagai Lake Symphony dengan keluasan 10,000 meter persegi berserta sistem air pancutan setinggi 42 meter dengan pencahayaan berwarna-warni yang boleh diatur cara. Selain itu Taman KLCC ini juga memiliki laluan berjoging yang selesa iaitu sejauh 1.3 kilometer (km).


Taman KLCC

Tidak hairanlah warga Kuala Lumpur gemar membawa keluarga mereka menghabiskan masa di Taman KLCC ini. D hujung minggu pula menjadi tarikan ramai pelancong dari luar negara yang sama-sama datang untuk melihat kecantikan Taman KLCC.


3. TAPAK Urban Street Food

Berdekatan dengan KLCC terdapatnya kawasan yang sering menjadi tumpuan masyarakat untuk datang dan melepak sambil menikmati pelbagai juadah hidangan tempatan dan barat . Jaraknya lebih kurang 900 meter dari bangunan KLCC.


TAPAK Urban Street Food

Tempat ini telah dibuka sejak tahun 2016. Ada lebih 20 food trucks di sini. Konsep yang diperkenalkan membolehkan pelanggan menikmati makanan di tempat terbuka. Paling seronok adalah persekitarannya pada waktu malam yang memang dikelilingi cahaya lampu yang cantik, cahaya di ibukota.


4. Eksplorasi Dunia Permainan Kanak-Kanak di Petrosains

Petrosains merupakan muzium interaktif yang memperkenalkan bidang sains dan teknologi melalui pembelajaran serta aktiviti khas untuk kanak-kanak. Terletak di tingkat 4 di dalam bangunan KLCC, Petrosains dibangunkan sepenuhnya oleh syarikat minyak terkemuka Petronas.


Petrosains 01

Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan ketika berada di Petrosains. Antaranya seperti anak-anak boleh menyertai bengkel, belajar tentang sains, melihat pameran dan menyertai pelbagai aktiviti interaktif khas untuk kanak-kanak.


5. Penginapan di Hotel 5 bintang

Percutian mewah sememangnya menjadi idaman semua orang. Apatah lagi penginapan yang berdekatan dengan pelbagai fasiliti serta kemudahan seperti kedai makan, pengangkutan awam yang banyak, punyai aksesibiliti, kawasan membeli-belah dan pelbagai lagi.


hotel 5 bintang

Sebenarnya berdekatan dengan KLCC terdapat banyak hotel 5 bintang yang sentiasa menjadi tarikan pelancong dari negara luar. Antaranya seperti Mandarin Oriental Kuala Lumpur, Somerset Kuala Lumpur, Doubletree by Hilton Kuala Lumpur dan banyak lagi. Menginap di sini pastinya memberi keselesaan dan kepuasan apatah lagi ianya terletak berdekatan dengan menara KLCC.

Untuk lebih penjimatan penginapan berdekatan di KLCC, korang boleh dapatkan promosi di laman web VIP Pass https://getvippass.com/malaysia/. Dengan VIP Pass, anda hanya bayar satu harga untuk mendapat 6 malam penginapan hotel dengan pilihan 137+ hotel di seluruh negara.


Share

Related posts

hidden gems

hidden gems

February 9, 2022

12 Brilliant Hidden Gems in Manchester That Even Mancunians Might Not Have Discovered


Read more
romantic hotel bg

romantic hotel bg

February 3, 2022

The Best Romantic Hotels Near Manchester


Read more
couple bg

couple bg

February 2, 2022

Top 10 Manchester Attractions for Couples


Read more
the vip pass logo retina

Vip Pass Pte Ltd (CORPORATE HQ)

7 Temasek Boulevard #12-07
Suntec Tower One, Singapore 038987

 

Vip Pass Holidays ( Malaysia ) Sdn Bhd

Level 2, Mercu Summer Suites, Jalan Cendana,
Off Jalan Sultan Ismail, 50250, Kuala Lumpur,
Malaysia.

Contact Us

General:
contactus@getvippass.com

Marketing Collaborations:
marketing@getvippass.com

Hotel and Travel providers contact:
partnerships@getvippass.com

FAQ

 

© 2022 VIP Pass Holidays (Malaysia) Sdn. Bhd. (1025662-U) | All Rights Reserved. | Privacy Policy
    0